
Masjid Darul Salihin, Kampung Tanjung Parang, Kota Samarahan menjadi destinasi jejak Dari Hulu Ke Muara pada kali ini. Surau pertama mula dibina sekitar tahun 1930an yang dibuat daripada batang nibong dan beratapkan nipah di atas tapak tanah wakaf.
Pada tahun 1969, masjid pula dibina di atas tapak rumah Encik Awang Ibrahim bin Awang Bandar yang bersebelahan dengan masjid lama. Setelah melalui tiga fasa perubahan dan peredaran zaman, masjid ini diubahsuai bangunan dan lokasinya pada tahun 1998 di atas tapak bangunan Pusat Sumber. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Pehin Sri Haji Adenan bin Satem pada 18 Januari 1998 bersamaan 19 Ramadhan 1418H.
​
Dari segi senibina, Masjid Darul Salihin pada keseluruhannya diperbuat daripada konkrit. Kehalusan seni khat pada dinding ruang sembahyang menimbulkan nilai estetika dalaman. Namun begitu, menariknya masjid ini masih mengekalkan bumbung menara berbentuk empat segi sebagai simbol budaya seni setempat yang melambangkan kemegahan dan keindahnhya.
​
Kampung Tanjung Parang terbahagi kepada tujuh blok dan masjid ini terletak di blok yang ketiga. Kedudukan masjid ini sangat strategik sekaligus memudahkan penduduk Kampung Tanjung Parang dan orang awam untuk menziarahi Masjid Darul Salihin.
Dari Hulu ke Muara
Asal usul Masjid Darul Salihin.
1950-an
Masjid pertama dibina sekitar tahun 1950 bagi memudahkan penduduk kampung untuk melakukan Solat Jumaat
SEjarahawal
Kami
1969
Masjid dibina di atas tapak rumah Encik Awang Ibrahim bin Awang Bandar yang bersebelahan dengan masjid lama
1998
Masjid Darul Salihin telah diperbaharui daripada binaan konkrit dan telah dirasmikan oleh Datuk Adenan b. Haji Satem Menteri Pertanian dan Industri Makanan pada 18 Januari 1998 bersamaan 19 Ramadan 1418H